Shoutmix not available
Shoutmix dah tak boleh guna tapi saya lupa kat mana saya masukkan kodnya. Nak delete tak jumpa kod..huhu. Ada sesiapa tahu ke?
Dah setengah hari cari benda tu. Semak betul dok kat situ. Camne nk buat ni???
Dah pindah..
Alhamdulillah, akhirnya dah pindah rumah. Dah lama tak online sbb takde internet. Sebulan lepas beli Samsung Young, tapi semalam baru tau phone tu boleh guna sebagai Wifi modem..huhu.
Jadi sekarang bolehlah online guna notebook, kalau tak sakit mata je guna phone yg kecik tu
. Dapat gak update blog.
Rumah masih belum kemas sepenuhnya. Biasalah, kemas kejap..pastu Fateh bangun. Layan dia pulak. Harap hujung minggu ni boleh siap apa yang patut dulu. Bilik jahit kemas separuh, cuma letak mesin jahit je atas meja. Buku2, brg2 jahit masih dlm kotak lagi..ni sebab nak cepat siapkan langsir rumah. Tinggal nak siapkan scallop je. Tapi skrg stop dulu sbb nak kemas pinggan mangkuk dulu..fuhh, letih pindah rumah ni.
Dalam kepala ni mcm2 nak buat, tapi biasalah bila ada anak kecil..kerja pun terhad. Insyaallah, dah ada projek terbaru saya kongsi kat sini nanti. Nak berjalan ke blog kwn2 pun tak sempat lagi. Sorry ye, nti ada luang saya singgah
Jumpa lagi..
Tinggal beberapa hari lagi..
Menghitung hari,
detik demi detik..
bilalah nak habis pantang..(huhu, rosak lagu..)
Dah sebulan lebih saya dlm pantang, ada 10 hari lagi untuk lalui tempoh berpantang. Rindu nak menjahit lagi. Tapi habis pantang ni, tak dapat terus menjahit jugak. Habis je pantang, saya balik Kelantan tengok mak (nenek) yang tak sihat. Bawa cicitnya jumpa opah..perkenalkan,

Muhammad Al-Fateh
Alhamdulillah, seorang lagi khalifah kecil lahir. Moga menjadi anak dan hambaNya yang soleh. Berjuang dengan penuh syahadah dalam menyebarkan dan menegakkan agamaNya yang suci. Semoga hidup dengan penuh rahmat dan keredhaan Allah..amin.
Balik dari kampung, nak pindah rumah pulak. Dah siap urus pasal rumah, mengemas dan sbgnya barulah dapat menjahit.
Wishlist utk hujung tahun ni; Mesin jahit tepi. Kalau tak dpt thn ni kena usahakan juga beli awal tahun depan. Chayok-chayok!!
Projek jahitan dan sulaman:
1. Langsir
2. Coasters
3. Kitchen mitten
4. Kitchen towel
5. Table runner
6. Sarung kusyen
7. pot holder
8. apron
9. placemat
10. beberapa tempahan
Banyak juga projeknya, harap ada luang masa untuk membuatnya. Oklah, Al-fateh dah “memanggil”…^^.
Dah Bersalin
Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin bayi lelaki semalam 20hb 10 2011. Saya berpantang kat kampung di Banting jadi tak dapat online selalu. Jadi segala email insyaallah..hanya dapat saya balas selepas saya balik ke rumah dalam tempoh 2 minggu. Saya minta maaf atas segala kesulitan.
{Sulam 2} Bless to be Ummi & others
Memang berbaloi beli Brother NV90E baru-baru ni. Banyak benda boleh buat dan beli pulak dangan separuh harga. Kalau dibandingkan dengan mesin sulam Epal, harganya lebih mahal dan tak ada sambungan USB. Tapi NV90E ni ada sambungan USB, jadi boleh download design dari internet. Jadi designnya tidak terhad kat dalam mesin je. Rasanya dah beratus design saya dah download..hehe ^^. Tapi projeknya masih slow sebab benangnya ada sikit je.
Semalam saya sulam baju ni. Saya beli baju ni murah je, RM10 kat Carefour Bukit Rimau. Murah kan? Bajunya pun labuh dan paling penting ada butang so senang nak breastfeed baby nanti. Rancangnya nak pakai masa balik dari hospital lepas bersalin nanti. Bajunya kosong, jadi saya sulam kat bahagian bawah baju; Bless to be Ummi ^^.

Inilah hasilnya. Sebenarnya banyak lagi kekurangan pada hasil kerja saya ni, saya perlu banyak baca tutorial dan practice lagi supaya lebih cantik dan kemas. Benang pun berapa kali putus, kerja yang sepatutnya beberapa minit je jadi berjam-jam. Tapi dalam memilih design pun memakan masa gak..

Ini pulak kerja suka-suka..hehe. Sebenarnya saya nak tampal pada organizer pouch dan beri pada Tasha (rakan fabric swap). Rancangnya nak bagi 3 organizers tapi sempat buat satu je. Jadi yang lain tu simpan jelah dulu, ada luang nanti boleh buat lagi.

Ini dia organizer pouch yang saya bagi pada Tasha. Kain dari cotton US. Bunga rose tu adalah design sulam cross stitch yang dah ada dalam NV90E.

Bolehlah simpan pen, pensel atau gunting dalam tu. Biasanya kat atas meja terhad, jadi boleh gantung je organizer ni. Saya pun baru ada satu. Nanti nak tambah koleksi lagi ^^. Ada yang nak order? Tunggu lepas saya bersalin dan habis pantang nanti ye..hehe ^^. Ohya, nanti saya update mengenai fabric swap pulak.
Address For Exchange Link
Archives
Recent Posts
Recent Comments
- Nia said Salam dear, ada amik tempahan untuk nursing pillow...
- Ayu@sweetlilcraft said eh tak..tu mesin jahit tepi.
- Mona_norma said gambar diatas adakah mesin nv50? saya masuk blog y...
- Ayu@sweetlilcraft said nv50 mmg senang guna. hari tu saya jahit tudung gu...
- Mona_norma said salam, saya berhajat nak beli mesin jahit utk tudu...
Tutorials
I Like..
Jom Join!!
Lovely Friends ^_^
My Bloglist
Blogroll
Local Crafters
- Abby My Lady Abby
- AIsyah Helga
- Anita Knitting
- Artchala Handmade
- Awoks Kiter Craft
- Azima DiY Shop
- Chomel Collections
- Cinta Craft
- Cuteness Collection
- Dream Catcher Fairy
- Enny Felt Craft
- Fathiah Made by Me Myself
- Handmande Corner
- Izyan Nadiah
- Jaja Kraf
- Kak Lin Mrs Pweetty
- Kak Mila Rimbun
- Kak Rosh
- Lia Mama Leesya
- Liyana Terompah Surau
- Mama Zara (Wani)
- Mama Zara Creative Craft (Wani)
- Maya Crazy Art Zone
- Nad Captivated Illusion
- Natasha
- Niza's Craft
- Norlie Sekocinorlie
- Rose Sewing Room
- Rubi's Creative Craft
- Sararisa
- Sew Craft Lover
- Sew Fabby (Ajjah)
- Sue My Botang
- Tini Hani
- Tinie
- Ummi Izah
- Uni Colourful Craft
- Wan Anis Sorfina
- Wanie craft cottage
- Yanti Zaini
- Yat's Craft
- Yati Homemakers
- Zura Sew Retro Chic












